SEJARAH




SEJARAH SURAU SEKOLAH

Surau Sekolah telah dibuka pada tahun 2004 bersama dengan pembukaan SAM Sungai Haji Dorani  Sungai Besar Selangor. Surau sekolah ini sentiasa mendapat transformasi dari segi penambahbaikan sesuai mengikut perubahan semasa dan peredaran  zaman.
             Bangunan surau ini yang terletak disebelah kanan pintu masuk utama sekolah ini, sering menjadi tumpuan pengajaran dan pembelajaran samada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, ceramah, motivasi dan lain-lain. Murid murid juga sentiasa mengunjungi surau untuk menunaikan ibadah wajib mahupun sunat. Semoga surau ini terus diimarahkan oleh semua warga SAM Sungai Haji Dorani.